THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, July 30, 2009

Assalammualaikum..
KAWAN..
Semua orang memerlukan kawan untuk terus hidup. Hidup tak ceria jika tidak didampingi oleh manusia yang bernama kawan. Kawan diperlukan masa suka, duka, gembira, dan sebagainya.. Tapi aku pernah berkawan dengan orang yang jenis kawan makan kawan. Kalau difikirkan memang tak logik dek akal, tapi kenyataan memang ada. mungkin ramai yang diluar sana mengalami nasib yang serupa. Tapi tak semua kawan jenis tak boleh pakai.. Aku pernah terbaca buku motivasi tulisan Dr. HM Tuah Iskandar mengatakan
"Yang bernama kawan itu ialah yang berlari selaju-lajunya sedangkan yang sedia ada sedang berlari selaju-lajunya meninggalkan kita."
Kawan berperanan dalam membantu kita dalam pelbagai hal. Dalam memilih teman, perkara penting sebelum menjalinkan persahabatan ialah teman yang mempunyai minat yang sama. Ini kerana orang yang mempunyai minat yang sama lebih memahami antara satu sama lain. Kawan yang boleh mendorong dalam apa jua yang kita lakukan juga merupakan kawan yang baik. Kata-kata semangat kawan dalam menghadapi sesuatu musibah dapat mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi.