THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..

Jika semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT penawarnya.
Jika seluruh UMUR adalah DOSA,
maka TAQWA & TAUBAT adalah ubatnya.
Jika Semua bulan adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya.
Seluruh umat akan berpuasa untuk menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Bulan yang penuh keberkatan, menguji kesabaran dan keimanan. Semoga Ramadhan kita diberkati. Amin..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Thursday, August 20, 2009

7 dan 8 Ogos baru-baru ini, tempat kerja saya di SMK Putrajaya Presint 11(1) telah mengadakan Kursus 'Team Buliding'. Semua guru dan kakitangan sokongan wajib menghadiri kursus tersebut. Kursus yang menyentuh hati, menginsafkan dan mengembirakan serta dapat mengenali lebih dekat di antara satu sama lain. Selain aktiviti di dalam bilik, turut dibuat aktiviti luar seperti poco-poco & aktiviti riadah untuk memeriahkan aktiviti kursus. So, saya rasa enjoy & release tension bila buat aktiviti yang luar dari kerja seharian.. Hope akan ada aktiviti macamni kat sekolah saya lagi...

Sunday, August 9, 2009

Tak lengkap hidup jika tiada keluarga disisi. So, dalam blog ni, saya masukkan gambar family dan sepupu saya untuk 'mencantikkan' blog. Tiada yang lebih mengembirakan jika orang yang di sayangi sentiasa mendampingi dan mendorong saya dalam meneruskan perjalanan di dunia yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk sementara waktu.