THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, September 22, 2009

Hari nie saya dah kena kerja. Orang len masih di kampung beraya gi rumah sanak saudara, saya terpaksa bekerja. dah nasib tahun ni kena cover office. Klu tanya mood, semua orang boleh tau pe rasanye. Tapi nasib baik kena kerja hari ni jer. Lepasa keje terus balik.
Tapi aku masih ingat zaman saya kecil-kecil dulu. Bila malam raya saya dan sepupu standby je mercun kat tangan. Tapi kenangan paling aku ingat, tengah syok main entah macamne, tengah masing-masing hidupkan mercun, salah satunyer tersasar dan terus meletup kat dalam kain makcik, jiran depan rumah.. Time 2 die tengah syok kacau dodol.. Habis segala maki hamun keluar dari mulut die. Nasib baik rumahnye jauh dari tempat kami main. Masing-masing berlari menyorok dalam rumah. Bila dah besar, bila tengok sepupu yang masih kecil main, pasti teringat zaman kami dulu. Bila diingat, kenangan hari raya banyak yang boleh membuat saya tersenyum sendiri.. Selamat Hari Raya.

Sempena Hari Lebaran ni, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Kepada semua yang mengenali, maafkan salah dan silap saya selama ini. Semoga Aidilfitri ini memberi kebahagiaan dan keberkatan.

Monday, September 7, 2009

Keberkatan Surah Al-Ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali). Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akann menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan..

Jika semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT penawarnya.
Jika seluruh UMUR adalah DOSA,
maka TAQWA & TAUBAT adalah ubatnya.
Jika Semua bulan adalah NODA, maka RAMADHAN pemutihnya.
Seluruh umat akan berpuasa untuk menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Bulan yang penuh keberkatan, menguji kesabaran dan keimanan. Semoga Ramadhan kita diberkati. Amin..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Thursday, August 20, 2009

7 dan 8 Ogos baru-baru ini, tempat kerja saya di SMK Putrajaya Presint 11(1) telah mengadakan Kursus 'Team Buliding'. Semua guru dan kakitangan sokongan wajib menghadiri kursus tersebut. Kursus yang menyentuh hati, menginsafkan dan mengembirakan serta dapat mengenali lebih dekat di antara satu sama lain. Selain aktiviti di dalam bilik, turut dibuat aktiviti luar seperti poco-poco & aktiviti riadah untuk memeriahkan aktiviti kursus. So, saya rasa enjoy & release tension bila buat aktiviti yang luar dari kerja seharian.. Hope akan ada aktiviti macamni kat sekolah saya lagi...

Sunday, August 9, 2009

Tak lengkap hidup jika tiada keluarga disisi. So, dalam blog ni, saya masukkan gambar family dan sepupu saya untuk 'mencantikkan' blog. Tiada yang lebih mengembirakan jika orang yang di sayangi sentiasa mendampingi dan mendorong saya dalam meneruskan perjalanan di dunia yang dipinjamkan oleh Allah SWT untuk sementara waktu.

Thursday, July 30, 2009

Assalammualaikum..
KAWAN..
Semua orang memerlukan kawan untuk terus hidup. Hidup tak ceria jika tidak didampingi oleh manusia yang bernama kawan. Kawan diperlukan masa suka, duka, gembira, dan sebagainya.. Tapi aku pernah berkawan dengan orang yang jenis kawan makan kawan. Kalau difikirkan memang tak logik dek akal, tapi kenyataan memang ada. mungkin ramai yang diluar sana mengalami nasib yang serupa. Tapi tak semua kawan jenis tak boleh pakai.. Aku pernah terbaca buku motivasi tulisan Dr. HM Tuah Iskandar mengatakan
"Yang bernama kawan itu ialah yang berlari selaju-lajunya sedangkan yang sedia ada sedang berlari selaju-lajunya meninggalkan kita."
Kawan berperanan dalam membantu kita dalam pelbagai hal. Dalam memilih teman, perkara penting sebelum menjalinkan persahabatan ialah teman yang mempunyai minat yang sama. Ini kerana orang yang mempunyai minat yang sama lebih memahami antara satu sama lain. Kawan yang boleh mendorong dalam apa jua yang kita lakukan juga merupakan kawan yang baik. Kata-kata semangat kawan dalam menghadapi sesuatu musibah dapat mengurangkan rasa tekanan yang dihadapi.